KERAJAAN Maghribi semalam mengumumkan “perjanjian sosial baharu” dengan majikan dan kesatuan sekerja, membolehkan kenaikan gaji untuk pekerja negara itu.
Perjanjian dipersetujui antara Persekutuan Perniagaan Maghribi (CGEM) dan tiga kesatuan sekerja utama – UMT, UGTM dan UNMT- adalah hasil rundingan tiga bulan.
Gaji minimum yang kini sebanyak 2.750 dirham sebulan (AS$266) akan dinaikan sebanyak 10% dalam tempoh dua tahun bermula Julai, kecuali di sektor pertanian.
Elaun keluarga dibayar kerajaan juga akan naik.
Sementara pekerja sektor awam akan menyaksikan peningkatan gaji antara 300-500 dirham sebulan dalam tempoh tiga tahun.
Satu-satunya kesatuan sekerja utama negara itu yang tidak turut serta dalam perjanjian- Persekutuan Buruh Demokratik-, menurut kenyataan kerajaan.
Kata kenyataan lagi, perubahan itu bermatlamat “meningkatkan kuasa pembeli dan persekitaran sosial”.
Bulan lepas, Raja Mohammed VI menggesa kerajaan mengambil “tindakan segera” menangani isu sosial terutama kesihatan dan pendidikan di negara utara Afrika itu yang dilanda protes besar-besaran kerana masalah pendidikan dan korupsi.
Mohammed VI menimbulkan masalah program sokongan dan perlindungan sosial yang “bertindih antara satu sama lain, kekurangan konsistensi dan gagal sampai kepada kumpulan sasaran”.
Kekacauan sosial tercetus pada Oktober 2016 selepas seorang nelayan maut dan protesnya merebak ke seluruh negara meminta kerajaan bertindak pantas membangunkan ekonomi serta menentang korupsi dan pengangguran yang berlaku.
Maghribi bergelumang dengan kesenjangan sosial dan wilayah, serta pengangguran tinggi belia. Pada 2018, ia berada di kedudukan 123 daripada 189 negara dalam Indeks Pembangunan Manusia. – AFP, 26 April, 2019.
Komen