Mahkamah India batal larangan terhadap aplikasi Tiktok


MAHKAMAH India membatalkan keputusan mengarahkan Google dan Apple menyekat aplikasi video milik China, TikTok susulan penyebaran bahan lucah, lapor media tempatan hari ini.

Aplikasi kontroversi yang begitu popular membolehkan pengguna media sosial memuat naik dan mengongsi video pendek sepanjang 15 saat dari telefon. Ia mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia dan lebih 120 juta adalah di India.

Aplikasi berkenaan sudahpun diharamkan di Bangladesh dan berdepan saman di Amerika Syarikat kerana mengutip maklumat dari kanak-kanak secara haram.

Mahkamah Tinggi Madras semalam memutuskan “video lucah” tidak boleh dimuat naik menggunakan aplikasi tersebut.

“Mahkamah beri amaran bahawa jika mana-mana video kontoversi melanggar syarat dimuat naik menggunakan aplikasi itu, ia akan dianggap sebagai menghina mahkamah,” menurut laporan agensi Press Trust of India .

Pada 16 April lalu, kerajaan India mengarahkan Google dan Apple mengeluarkan aplikasi veideo itu daripada gedung pembelian aplikasi (app store) mereka.

Ia susulan sekumpulan aktivis berkata aplikasi TikTok menggalakkan pornografi dan pedofil. – AFP, 25 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen