PIHAK berkepentingan memberikan pendapat berbeza berhubung sama ada kawalan harga boleh dilaksanakan bagi memastikan kemampuan untuk beli rumah.
Naib presiden Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Brigadier Jen (B) Goh Seng Toh berkata, perumahan menjadi semakin tidak mampun untuk dimiliki dan langkah drastik perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.
“Kita bincangkan tentang kawalan harga, kita tegas dalam mengawal harga untuk minyak, tepung, dan barangan lain, tetapi di sektor perumahan kita biarkan pemaju membuat meletakkan harga. Bagi RBA rumah lebih penting daripada minyak atau gula,” katanya pada sesi wacana bertajuk “Housing in Malaysia: A Policy Discourse” yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah.
“Ada segelintir pemaju yang mempunyai ‘sindrom teh tarik’ yaang bermakna apabila harga besi naik 10%, harga rumah juga akan naik sebanyak 10%.”
Menurutnya, ia adalah salah kerana banyak faktor yang mempengaruhi harga hartanah.
Goh berkata harga siling bagi rumah mampu milik dan kos rendah adaah contoh kawalan harga.
“Jika kita kembangkan amalan ini, kita dapat kawal harga rumah.”
“Penilai kami, arkitek kami, juruukur kualiti kami di HBA telah membincangkannya dan kami anggap ia boleh dilaksanakan.”
Goh berkata pelaksanaan mekanisme itu dibawah kos rendah dan segmen mampu milik boleh dibuat dalam beberapa fasa.
Bagi permulaan, pengawal selia boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan mekanisme pada rumah berharga di bawah RM1 juta.
Malaysia, kata Goh, boleh menetapkan keutamaan bagi negara-negara lain dengan melaksanakan mekanisme kawalan harga.
Bagaimanapun, ketua pengarah Jabatan Perumahan Negara K. Navaratnam tidak sependapat dengan Goh kerana pasaran hartanah adalah pasaran terbuka.
“Kementerian (Perumahan dan Kerajaan tempatan tidak pernah merancang untuk memperkenalkan harga kawalan kerana ia adalah pasaran terbuka,” kata Jayaselan.
Beliau berkata, sebarang langkah drastik yang diambil ke arah itu akan memberi kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), justeru ia tidak sesuai untuk dilaksanakan.
Sementara itu, presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah, Soam Heng Choon berkata, terdapat subsidi silang dalam bentuk perumahan mampu milik dan kuota Bumiputera sudah ada.
“Kita bukan negara sosialis. Kita perlu biarkan pasaran terbuka.”
Tambah Soam, pemaju telah berdepan dengan kos input tinggi dalam bentuk harga bahan binaan, caj pembangunan dan kos pematuhan.
Peraturan berbeza setiap negeri turut membebankan pemaju.
Untuk ini, Jayaselan berkata, kerajaan sedang mengkaji menyelaraskan semua peraturan yang berkaitan dengan perumahan di bawah satu akta. – 25 April, 2019
Komen