Kementerian sedang rangka akta baharu kawal selia perumahan, pasaran hartanah


Ragananthini Vethasalam

Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Jayaselan K. Navaratnam berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang merangka tiga akta baharu untuk mengawal selia pasaran perumahan dan pasaran hartanah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 April, 2019.

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka tiga akta baharu untuk mengawal selia pasaran perumahan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Jayaselan K. Navaratnam.

Bercakap kepada pemberita selepas pembentangan laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) hari ini, Jayaselan berkata kementerian terbabit sedang merangka Akta Sewa Kediaman, Akta Bangunan Komersil dan satu akta bagi pengurusan tanah wakaf atau tanah yang diwariskan untuk manfaat orang Islam.

Jayaselan berkata beliau berharap Akta Sewa Kediaman akan siap sebelum dibahaskan di Parlimen pada akhir tahun depan manakala Akta Bangunan Komersil bertujuan untuk menerapkan garis panduan bagi semua bangunan dan hartanah komersil.

Jelasnya, pada masa ini terdapat terma dan garis panduan berbeza bagi bangunan komersil mengikut jenis hartanah.

Menurut beliau, terdapat juga keperluan untuk mengawal 33,000 hektar tanah wakaf milik kerajaan di seluruh negara.

“Kita mahu bangunkan ini. Ini peluang yang kita nampak. Jadi, kita mahu wujudkan satu akta berasingan.” 

KPKT juga katanya sedang mengkaji semula Akta Pemajuan Perumahan 1966 bagi memenuhi keperluan semasa seperti hak pembeli dan pengaturan sendiri. – 25 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen