RM4 bilion masuk ke akaun SRC International pada 2011-2012


Bede Hong

Pengurus AmBank R Uma Devi berkata RM4 bilion dimasukkan ke dua akaun semasa SRC International dalam tempoh empat bulan selepas dibuka di AmBank cawangan Jalan Raja Chulan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 April, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu RM4 bilion dimasukkan ke dua akaun semasa syarikat SRC International dalam tempoh empat bulan selepas mereka membukanya di AmBank cawangan Jalan Raja Chulan.

Pengurus AmBank R. Uma Devi dalam keterangannya berkata RM2 bilion dimasukkan ke akaun semasa bernombor 211-202-200973-6 melalui empat pindahan wang, setiap satu RM500 juta pada 29 Ogos, tujuh bulan selepas akaun itu dibuka pada 28 Januari, 2011.

Satu pindahan RM2 bilion dimasukkan ke akaun semasa bernombor 211-202-20165-0 pada 28 Mac, 2012, empat bulan selepas akaun itu dibuka pada 10 November, 2011.

Akaun berakhir dengan 650 ditutup pada 17 Mei, 2016 sementara satu lagi akaun masih belum ditutup, kata Uma yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Penandatangan yang dibenarkan bagi akaun berakhir 650 ialah were Ismee Ismail, Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Nik Faisal Ariff Kamil dan Suboh Md Yassin. 

Penandatangan yang dibenarkan bagi akaun berakhir 736 ialah Shahrol, Tang Keng Chee, Radhi Mohamad dan Nik Faisal.

Uma disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan V. Sithambaram selepas beliau membacakan penyata bertulisnya sebanyak 42 halaman, yang mengambil masa dua hari sementara mahkamah menandakan ekshibit keterangannya.

Uma hari ini sekali lagi berkata Nik Faisal dan Suboh, bekas pengarah SRC International yang juga saksi pendakwa yang belum dipanggil, menandatangani surah arahan memindahkan RM80 juta daripada akaun syarikat SRC International berakhir dengan 650.

Pindahan itu ialah RM35 juta pada 8 Julai, 2015 ke Putra Perdana Construction Sdn Bhd, anak syarikat Putrajaya Perdana Bhd; RM40 juta pada 24 Disember, 2014 ke Gandingan Mentari, anak syarikat SRC International; RM5 juta pada 5 Februari, 2015 ke Gandingan Mentari; dan RM5 juta pada 6 Februari, 2015 ke Gandingan Mentari. – 25 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen