KEMAMPUAN perumahan di semua negeri merosot dalam tempoh lebih sedekad, sebahagiannya berpunca daripada pemaju tidak memenuhi keperluan pembeli, menurut laporan dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) hari ini.
Laporan bertajuk, “Memikirkan Semua Perumahan: Antara Negeri, Pasaran dan Masyarakat” itu menyebut berlaku salah padanan antara gaji median tahunan dan harga rumah median.
Antara 2012 dan 2014, median pendapatan isi rumah berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 11.7%, iaitu lebih rendah berbanding pertumbuhan media harga rumah, yang meningkat 23.5% daripada RM175,000 kepada RM280,000.
Pengarah Penyelidik KRI Dr Suraya Ismail pada pembentangan laporan itu berkata, dasar tertentu seperti inisiatif “Rumah Keduaku” khusus untuk ekspatriat, menyebabkan pemaju beralih fokus kepada segmen masyarakat itu, memenuhi keperluan perumahan mereka.
Suraya yang juga ketua pengarang laporan itu berkata harga rumah terlalu mahal kerana pemaju fokus pada mencapai trajektori mereka.
Sementara itu, skim kerajaan perlu menyasarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah yang mempunyai kapasiti kewangan untuk membayar tetapi akibat masalah tertentu tidak dapat menembusi pasaran kredit komersial.

Suraya berkata pembeli rumah yang berpotensi patut mempertimbangkan untuk menyewa dan hanya membeli hartanah apabila mempunyai kapasiti kewangan.
Namun, walaupun skim sewa beli yang membenarkan penyewa menyewa hartanah itu untuk tempoh tertentu sebelum memilikinya, antara pilihan yang baik, ia mungkin menyebabkan bakal pembeli mengeluarkan lebih banyak wang.
Laporan itu berkata kerajaan mempunyai peranan berbeza untuk memenuhi keperluan sosial dan sektor pasaran.
Katanya, kerajaan perlu menumpukan kepada pembinaan rumah berkualiti baik untuk segmen sosial dan mengawal sektor pasaran bagi memastikan persekitaran operasi ada persaingan. – 25 April, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen