Mahkamah Jepun benar bos Nissan diikat jamin


Mahkamah Daerah Tokyo membenarkan bekas pengerusi Nissan, Carlos Ghosn diikat jamin hari ini sebanyak AS$4.5 juta. – Gambar AFP, 25 April, 2019.

MAHKAMAH di Jepun membenarkan Carlos Ghosn diikat jamin hari ini, bermakna bekas pengerusi Nissan itu keluar dari pusat tahanan di Tokyo untuk menyediakan pembelaannya terhadap beberapa pertuduhan salah laku kewangan yang dikenakan terhadapnya.

Mahkamah Daerah Tokyo menetapkan ikat jamin 500 juta yen (AS$4.5 juta) kepada legenda sektor automotif berusia 65 tahu itu.

Antara pertuduhan dikenakan padanya ialah menyembunyikan sebahagian gajinya daripada pemegang saham untuk menyeleweng wang Nissa bagi kegunaan peribadi.

Pendakwa raya mungkin membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, menangguhkan pembebasannya tetapi stesen televisyen nasional NHK berkata beliau boleh keluar dari pusat tahanan “seawal Khamis”.

Ghosn menafikan semua pertuduhan itu, dengan jurucakapnya berkata beliau akan mempertahankan dirinya terhadap tuduhan itu. – AFP, 25 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen