Facebook jangka didenda sehingga AS$5 bilion


Facebook mengetepikan AS$3 bilion daripada hasil suku pertama untuk membayar denda oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS, yang tahun lepas membuka semula penyiasatannya berhubung penyelesaian kes data peribadi pengguna. – Gambar EPA, 25 April, 2019.

FACEBOOK berkata pada Rabu ia menjangka dikenakan denda berjumlah antara AS$3 bilion hingga AS$5 bilion daripada pengawal selia Amerika Syarikat (AS) yang menyiasat salah pengendalian data peribadi pengguna oleh rangkaian pengguna sosial itu.

Dalam kemas kini pendapatan suku tahunan, Facebook berkata ia mengetepikan AS$3 bilion daripada hasil suku pertama untuk membayar denda oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS, yang tahun lepas membuka semula penyiasatannya berhubung penyelesaian privasi 2011 dengan Facebook.

“Kami menganggarkan purata kerugian dalam hal ini ialah AS$3.0 bilion hingga AS$5.0 bilion,” kata syarikat itu.

“Perkara ini masih belum dapat diselesaikan, dan tiada jaminan mengenai masa atau terma bagi sebarang keputusan akhir.” – AFP, 25 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen