China tahan bekas ketua Interpol


Bekas ketua Interpol Meng Hongwei ditahan kerana disyaki menerima rasuah. – Gambar EPA, 24 April, 2019.

CHINA secara rasmi menahan bekas ketua Interpol Meng Hongwei kerana disyaki menerima rasuah, umum pendakwa raya hari ini.

Meng yang juga berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Awam hilang Sepetmber lalu ketika lawatan ke China dari Perancis dan kemudian dia dituduh menerima rasuah.

Pendakwa raya memutuskan untuk menangkap Meng kerana disyaki menerima rasuah, kata Penguasa Rakyat Tertinggi dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau menambah, kes itu sedang diproses lebih lanjut.

Meng telah diusir dari Parti Komunis dan dilucutkan jawatannya.

Kementerian Keselamatan Awam berkata, bulan lalu Meng memberikan “pengaruh beracun” dan perlu “dihapuskan secara menyeluruh”.

Mereka juga sedang menyiasat sama ada ada pihak lain terlibat dalam kes Meng.

Meng adalah sebahagian daripada ahli Parti Komunis yang ditangkap dalam kempen anti-rasuah Presiden Xi Jinping.

Lebih sejuta pegawai dikenakan hukuman setakat ini sepanjang enam tahun pemerintahan Xi. – AFP, 24 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen