MUJAHID Yusof Rawa menafikan tuduhan beliau menjadi lebih konservatif selepas menjadi menteri agama selama hampir setahun.
Anak seorang sarjana Islam Malaysia terkenal Yusof Rawa, Mujahid dikenali kerana pandangannya yang terbuka dan progresif mengenai Islam ketika menjadi pembangkang sebelum pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu.
Tetapi kelompok masyarakat menuduh Mujahid lebih konservatif sepanjang setahun menjadi menteri terutama melibatkan topik panas.
Terbaru pendapatnya di forum mengenai wanita Islam yang berhenti memakai tudung di Petaling Jaya yang sedang disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Selangor (Jais).
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, satu lagi tanggapan adalah berkenaan pendapatnya berkaitan isu LGBT.
“Ia adalah persepsi (bahawa saya telah menjadi konservatif). Persepsi tidak bermakna ia benar dan dibuat melalui media atau melalui tafsiran salah,” katanya di pejabatnya hari ini.
Beliau berkata, mereka yang menganjurkan forum dan menulis buku berjudul ‘de-hijabing’ mengenai isu wanita Islam dan hijab telah mewujudkan sensitiviti yang tidak perlu.
Ini kerana persoalan sama ada seorang wanita Islam harus atau tidak menutup kepala dan rambut yang merupakan isu agama Islam, katanya.
“Apabila anda memasuki zon itu, anda sudah mewujudkan sensitiviti yang tidak perlu. Adakah itu bermakna saya konservatif? Tidak, saya tidak fikir begitu kerana sebagai seorang Muslim, saya percaya pada kebebasan.
“Tetapi pada masa sama saya meminta kebebasan untuk menghormati sensitiviti yang saya minta,” katanya. – 24 April, 2019
Berita penuh di sini.
Komen