AGENDA jangka panjang Pakatan Harapan (PH) adalah untuk menyemai benih perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun terdapat beberapa cubaan sesetengah pihak untuk mengganggu kerharmonian negara, kata P Waytha Moorthy.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sejak memegang kuasa pada Mei tahun lalu, gabungan itu berdepan cabaran daripada pihak yang sering memainkan isu perkauman dan agama untuk menganggu keamanan rakyat.
“Ini hal serius. Sesetengah ahli politik memainkan isu ini untuk perbatasan politik.
“Tetapi kita tidak harus berprasangka terhadap mana-mana kaum dan kita juga tidak mahu mana-mana bangsa dibuang,” katanya.
Beliau memberikan contoh Konvesyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) yang ditarik semula oleh kerajaan.
Tambahnya, ICERD baik untuk negara tetapi tidak difahami oleh mereka yang menentang konvensyen tersebut.
“Tidak mengapa. Akhirnya orang akan tahu (apa yang berlaku),” katanya.
Waytha juga berkata, isu perkauman semakin berleluasa di media sosial.
“Ada orang sengaja membuka akaun palsu dan membangkitkan isu perkauman di media sosial.
“Kerajaan perlu mengambil tindakan serius dan menyiasat mereka yang terlibat,” katanya. – 24 April, 2019
Berita penuh di sini.
Komen