DUA pembantu rumah warga Indonesia yang dijatuhi hukuman mati kerana mengamalkan sihir terhadap keluarga majikan mereka di Arab Saudi dihantar pulang ke negara asal mereka hari ini selepas hukuman dibatalkan, kata kementerian luar negeri Indonesia.
Sumartini dan Warnah, kedua-duanya tiba di Jakarta selepas menjalani hukuman penjara lebih 10m tahun di penjara Saudi, kata seorang pegawai kanan kementerian Muhammad Iqbal kepada AFP.
Wanita itu dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Riyadh pada 2009 tetapi hukuman dikurangkan pada awal 2019 selepas Jakarta mengadakan rundingan dengan kerajaan Arab Saudi.
“Setelah melalui rundingan yang sukar, kedutaan berjaya meyakinkan pemerintah Saudi agar kedua-dua wanita itu dapat pulang ke Indonesia,” kata Duta Besar Indonesia di Arab Saudi Agus Maftuh Abegebriel kepada AFP.
Ultra-konservatif Arab Saudi merupakan salah satu kadar hukuman tertinggi di dunia yang menjatuhkan hukuman terhadap pesalah terlibat dengan keganasan pembunuhan, rogol, rompakan bersenjata dan pengedaran dadah. Kesemua kesalahan itu berdepan hukuman mati.
Sumartini dituduh menghilangkan anak lelaki majikannya dengan menggunakan sihir hitam walaupun kemudiannya remaja berusia 17 tahun itu didapati masih hidup.
Sementara itu Warnah dituduh melakukan sihir terhadap isteri pertama majikannya sehingga menderita penyakit misteri, lapor media Indonesia.
Aktivis Indonesia menuntut pembebasan kedua-dua wanita itu selama bertahun-tahun dan mengadakan demonstrasi jalanan semasa Raja Arab Saudi Salman Abdul Aziz Al Saud melawat negara itu pada 2017.
Indonesia telah lama membuat aduan mengenai layan terhadap pekerja asing di luar negara dan pada 2015 negara itu memperkenalkan larangan pekerja domestik baharu dari memasuki 21 negara Timur Tengah.
Jakarta memfailkan protes rasmi dengan Arab Saudi setelah melakukan kerahan pekerja Indonesia tanpa memberitahu keluarga pada Oktober tahun lalu. – AFP, 24 April, 2019
Komen