5 ditahan sabotaj elektrik di Venezuela


Gangguan bekalan elektrik pada 7 Mac adalah yang terburuk pernah berlaku di negara itu, mengakibatkan seluruh negara terpaksa bergelap selama lima hari sementara sekolah dan pejabat ditutup sementara. – Gambar AFP, 24 April, 2019.

LIMA ditahan dan 19 yang lain masih diburu susulan perbuatan sabatoj terhadap Sistem Elektrik Nasional (SEN) antara 7 dan 28 Mac lalu, lapor agensi berita Xinhua memetik Menteri Komunikasi dan Maklumat Venezuela, Jorge Rodriguez pada Selasa.

Bercakap di Istana Miraflores, Rodriguez berkata perbuatan sabotaj itu menyebabkan hampir keseluruhan negeri di Venezuela berdepan gangguan bekalan elektrik. 

Katanya, antara suspek yang ditahan itu dipercayai tinggal di rumah milik seorang pegawai tentera Amerika Syarikat, Sepanyol dan Colombia.

Beliau berkata dalam tempoh dua tahun lalu, lebih 50% daripada pencawang elektrik negara telah disabotaj. 

“Antara 7 Mac hingga hari ini terdapat 45 perbuatan sabotaj dan kerajaan Presiden Nicolas Maduro sentiasa bersedia untuk mengatasi isu itu,” kata Rodriguez.

Kerajaan Venezuela mendakwa adanya “motif politik” di sebalik perbuatan sabotaj itu yang sekaligus menjejaskan kehidupan penduduk.

Gangguan bekalan elektrik pada 7 Mac adalah yang terburuk pernah berlaku di negara itu, mengakibatkan seluruh negara terpaksa bergelap selama lima hari sementara sekolah dan pejabat ditutup sementara. – Bernama, 24 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen