Polis Sri Lanka sahkan 9 pengebom bunuh diri terlibat serangan


Setakat ini 60 suspek ditahan, 32 daripadanya diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah. – Gambar AFP, 24 April, 2019.

POLIS Sri Lanka mengesahkan sembilan pengebom bunuh diri terlibat dalam beberapa siri serangan pada Ahad lalu, lapan daripadanya telah dikenal pasti, lapor agensi berita Xinhua, memetik Menteri Pertahanan Ruwan Wijewardene pada Rabu.

Pemimpin kumpulan pelampau tempatan antara pengebom bunuh diri yang dikenal pasti, kata menteri itu pada sidang akhbar.

Wijewardene berkata setakat ini 60 suspek ditahan, 32 daripadanya diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah.

Beliau berkata polis masih memburu lebih ramai suspek dan berikrar untuk membawa kembali keamanan dalam tempoh beberapa hari akan datang. – Bernama, 24 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen