11 rakyat Palestin cedera bertempur dengan tentera Israel


KIRA-KIRA 11 rakyat Palestin cedera dalam pertembungan dengan tentera Israel di Tebing Barat, lapor agensi berita Anadolu, memetik kenyataan Palang Merah Palestin pada Rabu.

“Lima orang cedera terkena peluru getah manakala enam lagi diberi rawatan perubatan selepas ditembak dengan gas pemedih mata, termasuk kanak-kanak berusia dua bulan,” menurut kenyataan itu.

Menurut saksi, pertembungan antara tentera Palestin dan Israel berlaku di Nablus ketika ratusan Yahudi sedang bersiap sedia untuk mengadakan upacara keagamaan. – Bernama, 24 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen