SEORANG wanita warga Jepun dihadapkan ke sebuah mahkamah di Australia kerana didakwa cuba menyeludup 19 cicak, disembunyikan dalam beg pakaiannya, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Pasukan Kawalan Sempadan Australia (AFB), wanita berusia 27 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne.
November lalu, seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di Lapangan Terbang Perth dan lelaki berusia 46 tahun ditahan pada Februari, kedua-duannya warga Jepun.
“Terima kasih kepada maklumat yang diberikan sehingga pihak kami berjaya mematahkan tiga percubaan menyeludup cicak, semua kes dikaitkan dengan sindiket sama,” Komander Penyiasatan ABF, Graeme Grosse.
Reptilia yang dirampas itu 17 daripada terdiri spesis Shingleback dan dua lagi spesis Blue Blue, diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar, Tanah, Air dan Perancangan Jabatan Alam Victoria (DELWP).
Mereka yang didapati bersalah kerana menyeludup haiwan terlarang boleh dikenakan maksima 10 tahun penjara. – Bernama, 24 April, 2019.
Komen