Korban letupan bom Sri Lanka meningkat 359 orang


Pihak berkuasa Sri Lanka sudah menahan 58 suspek yang terlibat dalam kejadian letupan bom di beberapa buah gereja dan hotel pada Ahad lalu. – Gambar EPA, 24 April, 2019.

JUMLAH kematian akibat beberapa siri letupan bom di Sri Lanka pada Ahad kini meningkat kepada 359 orang, demikian menurut polis pada Rabu.

Lebih 34 warga asing adalah antara yang terbunuh, kata Kementerian Luar Negeri.

Jurucakap Polis Ruwan Gunasekara berkata, 18 lagi suspek ditahan pada Rabu pagi.

Gunasekara berkata polis turut menemui sebuah motosikal dan empat unit walkie-talkie di sebuah rumah di Warakapola, kira-kira 56 km dari ibu kota Colombo.

Setakat ini, 58 suspek ditahan sejak Ahad. – Bernama, 24 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen