RINGGIT dijangka berlegar dalam lingkungan RM4.10 hingga RM4.15 berbanding dolar AS pada suku kedua 2019, melainkan adanya pemangkin besar, kata penganalisis pasaran FXTM, Han Tan.
Tan berkata ringgit adalah mata wang Asean kedua terbaik dan mata wang ketiga terbaik Asia ketiga berbanding dolar AS pada suku terakhir.
Bagaimanapun, berita Malaysia berpotensi dikeluarkan daripada Indeks Bon Dunia FTSE Russell dan pegangan dana kekayaan berdaulat oleh Norway membawa kepada kelemahan sementara.
Beliau menambah berita negatif mengakibatkan aliran keluar berterusan dan unit tempatan melepaskan keuntungannya berbanding dolar AS.
“Namun, momentum penjualan minggu lalu kelihatan reda, dan kami menjangkakan USD/MYR diperdagangkan dalam julat RM4.10 hingga RM4.15 untuk bagi suku tahun kedua,” katanya semasa sesi meja bulat mengenai unjuran ringgit hari ini di Kuala Lumpur.
Ditanya sama ada berita utama negatif akan berterusan menjadi risiko kepada ringgit, beliau berkata ini mungkin berlaku sehingga Oktober.
“Tajuk utama berita itu menambah elemen risiko. Bagaimanapun, ringgit kekal disokong oleh asas ekonomi Malaysia.”
Ringgit dijangka mendapat sokongan daripada pertumbuhan ekonomi, inflasi yang terkawal dan penggunaan domestik yang kukuh, bagi baki tahun ini. – 24 April, 2019.
Berita penuh di sini
Komen