GEMPA berkekuatan 6.1 magnitud melanda negeri timur laut India, Arunachal Pradesh awal pagi Rabu, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gempa bumi terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Along, dan 180 kilometer di barat daya ibu negeri, Itanagar.
Kejadian berlaku pada jam 1:45 pagi (2015 GMT Selasa).
Arunachal Pradesh adalah negeri yang mempunyai paling kurang penduduk di India dengan 1.2 juta orang, menurut laman web kerajaan negeri.
Agensi berita rasmi China Xinhua berkata gempa itu dirasai di Tibet, yang merupakan negara jiran India.
New Delhi dan Beijing selama beberapa dekad bertelagah mengenai penguasaan terhadap Arunachal Pradesh - merupakan pertikaian yang masih belum dapat diselesaikan.
India menganggap Arunachal Pradesh salah satu daripada negari timur lautnya, sementara China mendakwa kira-kira 90,000 kilometer persegi wilayah itu sebagai miliknya.
Arunachal Pradesh juga bersempadan dengan Myanmar dan Bhutan.
USGS menganggarkan “sedikit kemungkinan” berlakunya kecederaan atau kematian dan kerosakan akibat gempa itu. – AFP, 24 April, 2019.
Komen