Malaysia harus menentang retorik anti-sawit, kata Azmin


Ragananthini Vethasalam

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamad Azmin Ali berkata, Kesatuan Eropah telah melampaui dengan penyebaran retorik anti-kelapa sawit dan melancarkan kempen menentang penggunaan produk sawit. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 April, 2019.

PUTRAJAYA harus menentang kempen anti minyak kelapa sawit, kata Mohamed Azmin Ali.

Dalam temu bual dengan Astro Awani malam tadi, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, Kesatuan Eropah telah melampaui dengan penyebaran retorik anti-kelapa sawit dan melancarkan kempen menentang penggunaan produk sawit.

Malaysia adalah pengeluar minyak sawit mentah kedua terbesar di dunia.

“Kita harus bijak menangani perkara ini. Kami telah mencadangkan bahawa kementerian yang bertanggungjawab bukan sahaja perlu mengambil pendekatan bertahan tetapi juga secara aktif menentang dakwaan sesetengah negara maju,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia dituduh melakukan penebangan hutan dan membahayakan hidupan liar dengan membersihkan hutan untuk mewujudkan ladang kelapa sawit.

Malaysia sepatutnya tegas ketika menjawab dakwaan tersebut.

“Bagaimana pula tanah itu dibersihkan untuk pembangunan di Paris atau London. Kenapa ia tidak menjadi isu? Hidupan liar juga terancam di situ,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia sepatutnya mempunyai alasan untuk menjawab isu tersebut.

Selain itu katanya, peneroka Felda tidak semata-mata bergantung kepada minyak sawit.

Azmin menambah, pekebun kecil dan ladang boleh menggunakan teknologi dan automasi baharu untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Kerajaan juga sedang berusaha menggabungkan pegangan kecil peneroka Felda ke satu ladang besar di bawah model pajakan.

“Ini akan memastikan terdapat kestabilan pendapatan dan skala ekonomi untuk meningkatkan produktiviti serta kecekapan,” katanya. – 23 April, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen