“DURJANA” adalah perkataan yang digunakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali untuk pengurusan Felda terdahulu.
Dalam satu temu bual dengan Astro Awani malam tadi, Azmin berkata tidak ada kata yang lebih baik untuk menggambarkan pentadbiran masa lalu akibat penyelewengan kewangan dan salah urus.
“Durjana adalah perkataan besar tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain. Sekarang masa untuk bergerak ke depan dan menampung para peneroka untuk masa akan datang,” katanya.
Felda ditadbir dengan baik ketika dipengerusikan oleh Taib Andak dan Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.
Azmin berkata, sebelum penyenaraian FGV Holdings Bhd di pasaran utama Bursa Malaysia pada 2012, keuntungan bersih Felda berada di antara RM200 juta hingga RM1.2 bilion.
Bagaimanapun baki tunai juga menurun pada tahun kebelakangan ini, berkurang kepada RM35 juta pada 9 Mei 2018 daripada RM400 juta pada 2017.
Ia adalah liabiliti lain yang melonjak daripada RM1.2 bilion pada 2007 kepada RM14.4 bilion pada 2017.
Beliau menambah, Felda hanya menerima purata RM400 juta daripada FGV setahun berbanding RM800 juta yang diperlukan untuk mengendalikan dan menguruskan ladang serta peneroka.
Menurut Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) yang ditandatangani antara kedua-duanya, Felda akan menerima RM248 juta daripada FGV dan satu bahagian keuntungan 15% untuk pajakan 99 tahun tanah komersialnya setiap tahun.
Beliau menambah, Felda juga terpaksa membeli 37% kepentingan ekuiti di Eagle High Plantations sebanyak RM900 juta, pada harga yang melambung.
“Bagi saya, ini satu pengkhianatan oleh pengurusan terdahulu yang tidak mempunyai ketelusan, integriti dan kejujuran.
“Mereka telah mengkhianati sokongan dan penerimaan yang diberikan oleh peneroka,” katanya.
Dengan keadaan kritikal kewangan Felda, Azmin berkata ia akan menjadi sukar untuk menguruskan ladang dan peneroka. – 23 April, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen