LEBIH 50 orang dikhuatiri terbunuh selepas tanah runtuh di utara Myanmar menenggelamkan pelombong jed ketika mereka sedang tidur, kata polis tempatan hari ini.
Puluhan orang mati setiap tahun dalam tanah runtuh disebabkan perlombongan jed, industri yang dikawal buruk dengan rasuah oleh negara China dan India.
Polis tempatan menyifatkan kemalangan di negeri Kachin malam semalam itu begitu besar sehingga mewujudkan sebuah ‘tasik lumpur’ yang menenggelamkan 40 kenderaan.
“54 orang hilang di dalam lumpur.
“Tidak mungkin ada yang selamat,” kata seorang pegawai polis perbandaran Hpakant kepada AFP.
Setakat ini, hanya dua mayat dikenal pasti.
Kementerian Penerangan mengesahkan kemalangan dan jumlah yang hilang sambil menambah kawasan perlombongan itu milk Myanmar Thura Permata dan syarikat Shwe Nagar Koe Kaung.
Pengarah Myanmar Thura Permata Hla Soe Oo berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut. – AFP, 23 April, 2019.
Komen