ANGKA korban akibat gempa bumi yang melanda utara Filipina semalam meningkat kepada 16 orang, lapor agensi berita Xinhua, memetik Majlis Pengurusan Risiko Bencana Nasional Filipina pada Selasa.
Pengarah eksekutifnya Ricardo Salad berkata, seramai 81 lagi cedera manakala 14 orang masih dilaporkan hilang di Pampanga dan Zambales, wilayah tengah Luzon.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, gempa bumi 6.1 magnitud itu dengan kedalaman 12 kilometer (km) kira-kira 18 km timur laut Castillejos, sebuah bandar di wilayah Zambales di bahagian barat Luzon.
Hari ini, gempa bumi 6.5 magnitud melanda wilayah timur Samar di tengah Filipina pada 1.37 petang waktu tempatan. Tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan setakat ini. – Bernama, 23 April, 2019.
Komen