Bekas presiden Vietnam Le Duc Anh meninggal dunia


Bekas presiden dan pemimpin parti komunis Vietnam, Jeneral Le Duc Anh meninggal dunia pada usia 99 tahun, lewat malam tadi. – Gambar fail AFP, 23 April, 2019.

BEKAS presiden dan pemimpin parti komunis Vietnam, Jeneral Le Duc Anh meninggal dunia pada usia 99 tahun, lewat malam tadi.

Duc Anh jadi presiden antara 1992-1997.

Beliau mengetuai pencerobohan di Kemboja yang membawa kepada kejatuhan rejim Khmer Rouge.

Duc Anh dilahirkan pada 1920 dan sebahagian besar hidupnya dihabiskan di selatan Vietnam di mana beliau menyertai perang komunis menentang Perancis serta Amerika Syarikat (AS).

Media kerajaan dan negeri mengumumkan beliau meninggal dunia akibat sakit tua.

Pada 1995, beliau menjadi presiden Vietnam pertama yang menjejakkan kaki ke AS selepas Perang Vietnam iaitu ketika menghadiri ulang tahun ke-50 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Duc Anh digelar “Tiger of Cambodia” dan diingati atas peranan pentingnya dalam pencerobohan di Kemboja yang menyebabkan Khmer Rouge diusir dari Phnom Penh pada 1978. – AFP, 23 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen