JUMLAH korban serangan bom di Sri Lanka meningkat kepada 310 orang, apabila beberapa orang yang cedera parah meninggal dunia malam tadi, kata jurucakap polis hari ini.
Hampir 500 orang cedera dalam tragedi itu, kata Ruwan Gunasekera dalam satu kenyataan.
Tambahnya, 40 orang sedang ditahan kerana ada kaitan dengan serangan itu, kerajaan Sri Lanka menyatakan kumpulan tempatan, National Thoeheeth Jama’ath bertanggungjawab. – AFP, 23 April, 2019.
Komen