PERBICARAAN kes SRC International melibatkan Najib Razak masuk hari ketujuh, pendengaran dijadualkan bermula petang ini kerana pihak pembelaan mempunyai urusan mahkamah untuk kes lain yang juga melibatkan bekas perdana menteri itu.
Mahkamah Rayuan pagi ini mendengar rayuan Najib terhadap keputusan mahkamah tinggi yang menolak permohonannya untuk menghalang Gopal Sri Ram daripada menjadi ketua pendakwaan untuk kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Susulan permintaan ketua peguam bela Mohd Shafee Abdullah, perbicaraan SRC International hari ini berkemungkinan besar melibatkan saksi “kurang penting” memberi keterangan kerana pihak pembelaan masih meneliti dokumen komunikasi antara pegawai Ambank dan 1MDB.
Email dalam salinan kertas itu dirampas oleh pegawai penyiasat Bank Negara Malaysia Ahmad Farhan Sharifuddin yang memberi keterangan semalam.
Saksi lain yang turut memberi keterangan semalam termasuklah dua ketua bahagian Umno, seorang pemegang amanah badan kebajikan dan kontraktor yang berkata mereka menerima lebih RM800,000 dalam bentuk cek melalui akaun AmBank Najib.
The Malaysian Insight membawakan siaran langsung prosiding hari ini:
4.55pm: Timbalan Pendakwa Raya Sithambaram memohon maaf kerana “meletihkan” saksi.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali Nazlan menangguhkan perbicaraan dan akan bersambung jam 9 pagi esok.

4.58pm: Wong selesai beri keterangan. Dia bersalam dengan Najib sebelum keluar dari kamar mahkamah.
4.53pm: Wong berkata lama Facebook Ah Jib Gor asalnya didominasi pengikut Cina. Ia platform antara Najib dengan masyarakat Cina. Maklum balas yang dikumpul melalui laman Facebook itu juga digunakan untuk menganalisis sentimen dalam kalangan masyarakat Cina.
4.51pm:
Shafee: Lim buat bayaran terus-menerus. Satunya ialah AD Network.
Wong: Itu untuk laman Facebook Ah Jib Gor.
Shafee: Akhbar Cina bagaimana?
Wong: Mereka dapati mereka perlukan beberapa artikel objektif, jadi tak semuanya negatif. Untuk lindungi dasar kerajaan bagi tujuan yang betul.
4.48pm:
Shafee: Beritahu mahkamah tentang kerja-kerja akar umbi yang Tan Sri ini (Lim Soon Peng) buat.
Wong: Untuk rumah orang-orang tua dan tokong Cina.
Shafee: Ini penting?
Wong: Sangat penting bagi kami (kerajaan).
4.44pm: Shafee mula menyoal balas Wong.
4.43pm:
Saifuddin: Kamu ada semak dengan Lim Soon Peng sama ada bayaran diterima?
Wong: Tidak.
4.41pm: Bayaran adalah untuk Lim membayar AD Network yang mengendalikan akaun Facebook Ah Jib Gor dan Akademi Kewartawan & Informasi Taima untuk laman web bahasa Cina.
4.37pm:
Saifuddin: Bila kamu terima cek?
Wong: Tak ingat. Sepatutnya sekitar tarikh pada cek.
Saifuddin: Cek ini ditandatangan depan kamu?
Wong: Ya.
Wong mengesahkan nombor telefon Lim tertera di belakang cek dan nombor akaun milik Lim.
4.35pm: Wong menggambarkan Lim sebagai orang yang “mempunyai hubungan terus dengan akar umbi”.
4.33pm:
Saifuddin: Semasa berkhidmat, kamu kenal Lim Soon Peng?
Wong: Ya
Saifuddin: Bila kenal?
Wong: Selepas bekerja di Putrajaya.
Saifuddin: Dia ahli perniagaan atau ahli politik?
Wong: Ahli perniagaan.
Lim dinamakan sebagai penerima cek bernilai RM238,914 yang dikeluarkan pada 12 Februari, 2015.
4.29pm: Saksi ke-17 iaitu bekas setiausaha politik Najib, Wong Nai Chee, 50, dipanggil beri keterangan.
Wong berkhidmat sebagai setiausaha politik Najib dari Disember 2011 hingga Mei 2018. Dia menguruskan isu-isu eknomi, masyarakat Cina termasuk isu agama.

4.28pm: Onn Hafiz berkata ada 12 orang dalam pasukan dan mereka akan menentukan kandungan editorial, Laman web itu ditutup pada Julai lalu.
Saksi selesai beri keterangan.
4.27pm:
Shafee: Ada apa-apa kandungan yang mempromosikan dasar kerajaan?
Onn Hafiz: Ada
4.24pm: Onn Hafiz berkata laman web-portal menyediakan berita alternatif.
“Kami mahu laporkan berita yang adil kepada orang ramai. Dan membanteras berita palsu.”
4.21pm:
Shafee: Apa kaitan laman web ini dengan Vital Spire?
Onn Hafiz mengesahkan pemilik laman web adalah Vital Spire tetapi ia tidak didaftarkan.
4.20pm: Shafee mula menyoal balas saksi.
Shafee: Kamu kena cakap kuat sikit. Ini untuk tujuan rakaman. Jangan bimbang, jawab saja dengan jujur.
4.17pm:
Saifuddin: Apa tujuan penubuhan laman web tersebut?
Onn Hafiz: Matlamatnya adalah untuk menghebahkan berita.
Saifuddin: Atas arahan siapa ia diwujudkan.
Onn Hafiz: Ia ditubuhkan atas arahan Najib.

4.13pm: Onn Hafiz mengesahkan beliau menerima cek bernilai RM240,000 pada 30 Januari 2015 yang dikeluarkan untuk Vital Spire. Beliau berkata cek tersebut ditunaikan di CIMB Cawangan Bukit Damansara, di mana pejabat syarikat terletak.
Vital Spere menerima wang tersebut atas khidmat menguruskan laman sesawang MalaysianDigest.com.
4.11pm: Saksi ke-16, Onn Hafiz, 41, mula memberi keterangan. Beliau adalah ahli politik dari Johor dan cicit pengasasnya Onn Jaafar. Beliau memiliki pegangan dalam Vital Spire, sebuah syarikat latihan menyediakan khidmat kursus motivasi dan kepimpinan.
4.07pm: Shafee menjelaskan yang Marcus bertanggungjawab ke atas Upko Bahagian Putatan ketika itu. Shafee tiada soalan tambahan. Marcus bersalam dengan Najib selepas dibenarkan keluar daripada kandang saksi.
4.01pm: Shafee mula menyoal balas saksi.
4.00pm:
Marcus: Ia ditulis dihadapan saya di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Saifuddin: Adakah ia mempunyai nama, jumlah dan tarikh?
Marcus: Ya.
Marcus berkata wang tersebut digunakan untuk membayar aktiviti parti, tambahnya lagi, parti komponen sudah memaklumkan kepimpinan Barisan Nasional yang mereka tidak cukup dana untuk menjalankan program.
Saifuddin: Pada 2015, adakah anda menerima apa-apa bantuan kewangan daripada mana-mana pihak?
Marcus: Ya. Ketika itu kami selalu bermesyuarat. Salah satunya adalah untuk membantu rakyat menerusi Projek Sayang tetapi kami tak cukup dana. Jadi, kami terima bantuan daripada Najib.
Saifuddin: Jadi, RM1 juta ini digunakan untuk Projek Sayang.
Marcus: Ya
3.55pm: Marcus memberitahu TPP Saifudin yang beliau menerima RM1 juta pada 13 Februari 2015 daripada Najib.
“Saya terima cek daripada ‘bossku’ sendiri di pejabat PM.”
3.45pm: Bekas naib presiden Upko Marcus Mojigoh mula memberi keterangan.

3.42pm: Shafee menamatkan sesi soal balas. Pendakwaan berkata mereka tidak ada soalan lagi. Sim tamat memberi keterangan.
Shafee: Berdasarkan dapatan, analisis- adakah kerajaan ambil langkah tertentu berdasarkan kajian anda?
Sim: Kami berikan analisis, tetapi jika mereka gunakannya, tidak dapat dipastikan.
3.41pm: Shafee bertanya adakah Sim mempunyai anak lelaki dalam pasukan polis negara, Sim mengesahkannya.
Sim berkata, beliau tidak pasti sama ada kerajaan bertindak berdasarkan nasihat dan cadangan dibuat analisis pasukannya.
Sim menambah yang satu tindakan diambil kerajaan berdasarkan analisisnya adalah menambah dana sekolah vernakular.
3.40pm:
Shafee: Adakah awak nasionalis?
Sim: Saya rakyat Malaysia.
3.38pm:
Shafee: Adakah anda faham yang mustahak untuk Barisan Nasional faham perasaan tak puas hati orang Cina dengan kerajaan (ketika itu)? Adakah anda bersetuju?
Sim: Saya fikir mereka bimbang dengan semua (segmen). Masyarakat Cina juga sebahagian masyarakat Malaysia.
Shafee: Anda hantar laporan kepada PM.
Sim: Tidak. Hanya kepada pejabat media PM.
Shafee: Siapa lagi anda hantar? Ada orang tertentu.
Sim: Kami hanya hantar kepada pejabat media PM.
3.34pm:
Shafee: Adakah ada orang MCA, saya rasa bernama Fui atau Hui terlibat dalam perbincangan?
Sim: Saya rasa ada seorang ‘think tank’..maaf saya tak ingat nama.
Shafee: Awak tak ingat orang bernama Fui? F-U-I?
Sim: Nama keluarga?
Shafee: Itu sahaja yang saya tahu.
Sim: Maaf, saya tak ingat.
3.32pm:
Shafee: Bila anda bertemu Najib, adakah Jamaluddin Jarjis turut hadir?
Sim: Ya. Jamaluddin mahu tahu apa yang memberi kesan kepada masyarakat Cina, mengapa mereka nampaknya anti kerajaan.
Shafee: Siapa yang anda berurusan dalam PMO? Adakah ada pegawai yang menguruskan isu orang Cina?
Sim: Saya tak uruskan perkara itu. Saya di sana untuk buat analisis media dan serahkan maklumat kepada PMO.
3.31pm: Sim memberitahu mahkamah beliau adalah pengarah eksekutif Sin Chew Daily. Beliau juga terlibat dalam proses penggabungan tiga akhbar Cina di Malaysia dan Hong Kong.
Katanya lagi, beliau diupah Jamaluddin untuk mengkaji isu yang melibatkan orang Cina. Katanya, salah satu cara adalah dengan memantau akhbar harian dan laman sesawang Cina.
Katanya, satu pasukan antara lapan hingga 10 orang terlibat dalam projek itu.
3.27pm: Sim berkata beliau masih menguruskan syarikat tersebut sekarang. Beliau mempunyai ijazah lanjutan dalam bidang linguistik Cina dan menerima pendidikan di UK.
3.27pm: Shafee mula menyoal saksi.
3.25pm: Saksi ditanya jika beliau pernah berjumpa Najib.
Sim berkata beliau pernah berjumpa Najib, tetapi selalunya bersama sekumpulan orang lain.
3.20pm:
Sim: Kami keluarkan invois setiap bulan dan kami dibayar setiap bulan.
Saifuddin: Pada 2015, adakah syarikat menerima sebarang bayaran untuk kerja dilakukan?
Sim: Ya. Ia adalah RM150k sebulan, bermula Disember 2014 hingga Januari 2015.
Saifuddini: Bayaran dalam bentuk?
Sim: Dimasukkan ke dalam akaun bank kami.
Saifuddin menunjukkan sekeping cek dan meminta Sim mengesahkan sama ada ia cek yang dikeluarkan kepada syarikatnya.
Sim mengesahkan menerima cek berjumlah RM300,000. Beliau mengesahkan nombor telefonnya ditulis di belakang cek tersebut.
Beliau juga mengesahkan nombor akaun syarikatnya, dengan cawangan RHB Bank di Bangsar.

3.19pm:
Sim: Enam akhbar harian Cina yang dipantau ialah Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily, Kwong Wah Jit Poh dan Oriental Daily. Arahan diberikan kepada kami oleh Allahyarham Jamaluddin Jarjis.
3.16pm:
Saifuddin: Adakah syarikat anda melakukan sebarang tinjauan atau kajian untuk Pejabat Perdana Menteri?
Sim: Ya.
Saifuddin: Kerja apa?
Sim: Kami buat perkhidmatan pemantauan akhbar Cina. Kami hantar analisis harian kepada pejabat media PMO menerusi email.
3.13pm: Saksi ke-14 ialah Rita Sim yang merupakan pengarah Center for Strategic Engagement dipanggil memberi keterangan. Syarikatnya terlibat dalam membuat tinjauan, kajian dasar awam dan perkhidmatan pemantauan media Cina.
3.09pm:
Shafee: Apakah amalan biasa bila anda meminta dana? Apakah hadnya?
Ahmad: Saya diberitahu untuk meminta sekiranya akaun mencapai jumlah minimum RM50,000. Kami akan buat permohonan kepada Umno Malaysia. Itu adalah amalan biasa, dimaklumkan supaya dibuat oleh Zainal Abidin.
Saksi ditunjukkan eksibit bukti dikeluarkan pihak pembelaan untuk sekeping cek bernilai RM1 juta dikeluarkan untuk Umno Pulau Pinang daripada Umno Malaysia.
Ahmad mengesahkan ketulenan cek tersebut. Saksi habis memberi keterangan.
3.04pm: Shafee meminta Ahmad mengesahkan bentuk pemindahan wang tersebut untuk pembiayaan aktiviti parti adalah amalan biasa yang sering berlaku.
Ahmad mengesahkan ia amalan biasa.
2.59pm: Ahmad berkata beliau disoal siasat SPRM pada Julai 2015. Tambahnya, wang tersebut adalah untuk urusan pentadbiran, seperti gaji dan pembiayaan program parti termasuklah program kebajikan dan sambutan Hari Raya.
Program Umno Pulau Pinang pada 2015 menelan belanja RM1.5 juta. Sekiranya wang tidak cukup, permohonan tambah dana akan dibuat kepada ibu pejabat oleh Zainal, katanya.
2.57pm: Shafee mula menyoal saksi.
2.54pm: Ahmad memberitahu mahkamah bahawa permohonan pembiayaan parti dibuat menerusi Allahyarham Zainal Abidin Osman yang ketika itu pengerusi Umno Pulau Pinang.
Pada 26 Februari 2015, Umno Pulau Pinang menerima RM1 juta.
Beliau merujuk kepada salah satu daripada 17 keping cek dikeluarkan.

2.52pm: Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi mula menyoal saksi.
2.46pm: Setiausaha Bahagian Umno Permatang Pauh Ahmad Sahar Shuib dipanggil beri keterangan. Beliau juga adalah setiausaha kerja II Umno Pulau Pinang sejak 2009.
2.44pm: Mahkamah mula bersidang. Prosiding lewat dijalankan hari ini atas permohonan pihak pembelaan, kerana peguam Najib perlu mendengar kes di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Hakim Mohd Nazlan Ghazali bertanya pihak pembelaan tengahari tadi: “Bersedia untuk (prosiding lewat) lepas jam 5 petang?”, dan peguam menjawab mereka bersedia.

2.42pm: Najib tiba di mahkamah.
2.32pm: Shafee tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2.14pm: Pendengaran ditangguh kepada jam 2.30 petang.
12.10pm: Pendengaran kes akan bermula pada jam 2 petang. – 23 April, 2019.
Komen