Sri Lanka isytihar darurat selepas serangan di gereja, hotel


Seramai 24 orang ditahan kerana disyaki merancang serangan pada acara sambutan Easter pada Ahad lalu di beberapa gereja dan hotel di ibu kota Colombo. – Gambar EPA, 23 April, 2019.

SRI Lanka mengisytiharkan darurat beberapa jam selepas kerajaan itu menuduh kumpulan militan ekstrem Islam tempatan melakukan serangan bom bunuh diri yang menyebabkan sekurang-kuranya 290 maut, termasuk berpuluh-puluh warga asing.

Seramai 24 orang ditahan kerana disyaki merancang serangan pada acara sambutan Easter pada Ahad lalu di beberapa gereja dan hotel di ibu kota Colombo dan sekitarnya, kata pihak berkuasa.

Serangan itu yang turut mencederakan 500 yang lain – adalah terburuk sejak perang saudara di negara itu berakhir sedekad lalu.

Serangan itu juga paling teruk sejak minoriti Kristian Sri Lanka, yang hanya membentuk 7% daripada 21 juta populasi negara itu.

Darurat memberikan kuasa khas kepada polis dan tentera untuk memantau serangan balas militan. Suspek boleh ditahan tanpa perintah mahkamah.

Negara itu melaksanakan perintah berkurung dua malam berturut-turut sejak serangan itu. – AFP, 23 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen