LIMA orang terbunuh apabila dua bangunan runtuh susulan gempa bumi 6.3 magnitud Meletus di Filipina utara, kata seorang pegawai tempatan.
Tiga mayat dijumpai di bangunan runtuh di bandar Porac manakala seorang wanita warga emas dan cucunya ditemui maut di bangunan lain di bandar Lubao, kata Gabenor Wilayah Lilia Pineda kepada stesen televisyen ABS-CBN.
“Gempa itu menyebabkan berlaku gangguan elektrik,” katanya menghalang usaha menyelamat dilakukan pada waktu malam.
“Kami percaya masih ada ramai orang terperangkap dalam bangunan empat tingkat itu,” kata Pineda sambil menambah 20 orang telah diselamatkan dan dibawa ke hospital.
“Ia sukar kerana tiada bekalan elektrik, jadi kami berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan orang-orang yang terperangkap,” tambahnya.
Gempa kuat itu melanda Manila pada jam 5.11 petang waktu tempatan menyebabkan bangunan pencakar langit bergegar.
Ia juga menyebabkan kerosakan serius di Lapangan Terbang Clark terletak kira-kira sejam perjalanan ke utara ibu kota. – AFP, 22 April, 2019.
Komen