Sri Lanka kuatkuasa semula perintah berkurung


Sebelum ini perintah berkurung dikuatkuasakan sejurus serangan berlaku pada Ahad dan ditarik balik Isnin pagi. – Gambar EPA, 22 April, 2019.

KERAJAAN Sri Lanka sekali lagi menguatkuasakan perintah berkurung mulai 8 malam Isnin sehingga 4 pagi Selasa susulan beberapa serangan bom yang mengorbankan 290 nyawa dan mencederakan lebih 500 orang, lapor agensi berita Xinhua memetik polis pada Isnin.

Jurucakap polis SP Ruwan Gunasekara berkata kawalan keselamatan terus diperketatkan dan setakat ini 24 suspek telah ditahan.

Sebelum ini perintah berkurung dikuatkuasakan sejurus serangan berlaku pada Ahad dan ditarik balik Isnin pagi. Sekolah masih ditutup Isnin dan Selasa. – Bernama, 22 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen