Iran, Pakistan akan tubuh pasukan keselamatan sempadan


Presiden Iran Hassan Rouhani hari ini mengumumkan beliau dan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan bersetuju untuk menubuhkan pasukan keselamatan sempadan bagi menangani keganasan. – Gambar AFP, 22 April, 2019.

PRESIDEN Iran Hassan Rouhani hari ini mengumumkan beliau dan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan bersetuju untuk menubuhkan pasukan keselamatan sempadan untukmembanteras keganasan.

“Kami setuju untuk mewujudkan pasukan keselamatan bersama di sempadan untuk memerangi keganasan,” kata Rouhani pada sidang media bersama, susulan tercetus beberapa siri serangan di sempadan kedua-dua negara.

Imran sedang mengadakan lawatan ke Iran sejak menyandang jawatan pada tahun lepas. Lawatan selepas serangan oleh kumpulan bersenjata yang menurut Islamabad bertapak di Iran, membunuh 14 aggota keselamatan Pakistan di wilayah Balochistan minggu lepas.

“Ketua pasukan keselamatan kedua-dua negara akan duduk berbincang mengenai kerjasama (keselamatan),” kata Khan. 

Bagaimanapun, tiada butiran diberikan mengenai pasukan itu.

“Kami percaya tiada aktiviti keganasan di kedua-dua negara. Kami tidak akan benarkan sebarang kerosakan di negara kami.”

Pada Mac lalu, Rouhani menuntut Pakistan supaya bertindak tegas menentang pengganas anti-Iran. Ia berikutan serangan pada 13 Februari yang membunuh 27 anggota Pengawal Revolusi Elit Iran di Sistan-Baluchistan berhampiran dengan sempadan Pakistan. – AFP, 22 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen