Najib berjanji kembalikan hak rakyat Sabah dan Sarawak


Jason Santos

Perdana Menteri Najib Razak hari pada sambutan Hari Malaysia yang diadakan di Kota Kinabalu hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 16 September, 2017.

PuUTRAJAYA berjanji untuk mengembalikan beberapa hak yang diambil dari Sabah dan Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Perdana Menteri Naji Razak berkata beliau telah meminta jawatankuasa untuk mengkaji semula hak negeri Sabah dan Sarawak yang hilang, bagi memastikan ia dikembalikan semula kepada dua negeri itu.

“Dan kita akan berunding seperti saudara. Jadi tidak perlu lagi slogan Sabah untuk rakyat Sabah dan Sarawak untuk rakyat Sarawak,” katanya pada sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu hari ini.

 Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari dan ahli kerajaan negeri.

“Kita mahukan Sabah untuk Malaysia dan Malaysia untuk Sabah menjadi slogan baharu negeri,” tambahnya.

Najib berkata, ia penting kerana beliau mahu melihat jurang pembangunan antara negeri di Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia dikurangkan.

“Inilah sebabnya kita terus menyaurkan peruntukan berjumlah RM30 bilion untuk membina lebuhraya tanpa tol dari Teluk Melano ke Lawas dan dari Sindumin ke Tawau.

“Ia adalah hadiah kami kepada rakyat Malaysia di Malaysia Timur,” katanya. – 16 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen