14 maut dalam banjir lumpur di Colombia


Para pegawai tempatan di pekan Rosas dalam negeri Cauca berkata usaha sedang dijalankan bagi mengesan mangsa yang terselamat manakala mereka yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan. – Gambar AFP, 22 April, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 14 orang maut manakala beberapa lagi cedera apabila banjir lumpur menimbus sejumlah kediaman dalam sebuah komuniti kecil di barat daya Colombia pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik Unit Nasional bagi Pengurusan Risiko Bencana (UNGRD).

Para pegawai tempatan di pekan Rosas dalam negeri Cauca berkata usaha sedang dijalankan bagi mengesan mangsa yang terselamat manakala mereka yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

“Pergerakan massa (tanah) yang dicetuskan hujan ... menjejaskan lapan buah rumah dan kami sedang mengesahkan yang lain,” menurut UNGRD.

Bencana itu berlaku di pinggir pekan tersebut pada kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan ketika penduduk sedang tidur.

Lebuhraya Pan Amerika yang menghubungkan Cauca dengan jirannya Narino telah terputus akibat banjir lumpur itu.

Media tempatan melaporkan bahwa 30 orang masih hilang, yang membayangkan bahawa angka korban mungkin meningkat. – Bernama, 22 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen