KERAJAAN Sri Lanka mengarahkan perintah berkurung pada waktu malam selepas insiden lapan serangan bom yang mensasarkan gereja dan hotel mengakibatkan hampir 160 orang maut.
Perintah berkurung itu bermula pukul 6 petang waktu tempatan hari ini sehingga 6 pagi, kata kementerian pertahanan negara itu.
Sementara itu, Colombo juga akan mengenakan larangan sementara terhadap penggunaan media sosial susulan kejadian tersebut.
“Kerajaan mengambil keputusan untuk menyekat semua platform media sosial bagi mengelakkan penyebaran berita dan maklumat tidak tepat.
“Langkah ini hanya bersifat sementara,” kata setiausaha presiden, Udaya R. Seneviratne dalam satu kenyataan. – AFP, 21 April, 2019.
Komen