Datuk bandar Istanbul seru berhimpun di Istanbul untuk 'permulaan baru'


Penyokong Imamoglu dijangka berhimpun di kawasan pantai Maltepe yang luas di bahagian Asia Istanbul bagi perhimpunan tersebut. – Gambar AFP, 21 April, 2019.

DATUK bandar baharu Istanbul pada hari Ahad melancarkan perhimpunan untuk meraikan “permulaan baru” yang menggesa orang ramai untuk bersatu selepas beliau memenangi pilihan raya mencabar parti pemerintah pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Ekrem Imamoglu, 49, dari parti pembangkang Parti Rakyat Republik (CHP), mengalahkan saingannya untuk menawan pejabat Datuk Bandar Istanbul dari kekangan parti AKP setelah satu dekad setengah berkuasa.

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) masih berusaha untuk pengiraan semula undi pada 31 Mac lalu di Istanbul, tetapi suruhanjaya pilihan raya datuk bandar pada hari Rabu telah menyerahkan mandat kepada Imamoglu setelah beliau memenangi 13,000 undi majoriti ke atas pemimpin AKP, Binali Yildirim.

Penyokong Imamoglu dijangka berhimpun di kawasan pantai Maltepe yang luas di bahagian Asia Istanbul bagi perhimpunan tersebut.

Imamoglu, yang merupakan bekas ketua daerah yang terkenal sering berlembut yang melancarkan silaturahim sejak kempen yang panas daripada kedua-dua pihak, beliau berikrar untuk melayani semua warga kota mempunyai 16 juta penduduk, tanpa mengira kecenderungan politik mereka.

“Kami bersatu sekarang. Keseluruhan Istanbul bertemu di Maltepe untuk ‘permulaan baru’,” umum datuk bandar baharu itu di akaun Twitter rasminya pada hari Sabtu.

Imamoglu, yang akan mentadbir bandaraya itu untuk lima tahun akan datang, berkata perhimpunan Maltepe bukanlah satu pertemuan politik, tetapi satu cara untuk memperkenalkan pentadbiran baru bandar itu kepada rakyat Istanbul.

“Saya mahu anda tahu bahawa permulaan yang baru sangat berharga,” katanya. “Lima tahun akan datang bukan hanya lima tahun untuk Datuk Bandar tetapi juga untuk 16 juta warga.” – AFP, 21 April, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen