Hampir 160 maut dalam siri letupan di Sri Lanka


Puluhan orang dilaporkan terbunuh hari ini dalam beberapa letupan yang berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka pada sambutan Hari Easter. – Gambar AFP, 21 April, 2019.

DUA lagi letupan menggegarkan sebuah hotel di ibu negara Sri Lanka, Colombo hari ini, menyebabkan dua orang terbunuh, kata polis.

Letupan terbaharu itu berlaku beberapa jam selepas siri serangan bom di hotel dan gereja yang berlaku di enam lokasi berlainan di negara itu.

Jurucakap polis Ruwan Gunasekera berkata letupan itu berlaku di hotel di selatan Colombo dekat Dehiwala dan satu lagi letupan di Orugodawatta.

Ia merupakan serangan kelapan yang berlaku di negara itu hari ini dengan menyaksikan 156 orang disahkan terbunuh termasuk 35 rakyat asing.

Terdahulu serangan di tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka berlaku pada sambutan Hari Easter hari ini, kata seorang pegawai polis kepada AFP.

Ledakan berlaku di tiga hotel mewah di ibu negara di mana sebuah gereja turut menjadi sasaran.

Dua gereja lain turut dibom, satu berhampiran Kolombo dan satu lagi di timur negara itu, kata polis.

Laporan awal berkata, seramai 52 orang terbunuh dan beratus-ratus orang cedera.

Angka itu dijangka meningkat.

Sekurang-kurangnya 46 mangsa terbunuh di Hotel Cinnamon Grand Colombo berhampiran kediaman rasmi perdana menteri di mana letupan itu berlaku di restoran, kata pegawai hotel kepada AFP.

67 lagi kematian dicatatkan dalam serangan gereja di Negombo manakala 23 lagi terbunuh di gereja pekan Batticaloa.

Letupan pertama dilaporkan di Gereja St Anthony di Colombo dan St Sebastion di bandar Negombo di luar ibu negara.

Sekurang-kurangnya 160 orang cedera dalam letupan di St Anthony dan dimasukan ke Hospital Nasional Colombo pagi tadi.

Terdahulu polis pada awalnya mengatakan sebuah gereja di utara ibu kota dan di bandar Negombo di luar Colombo terlibat.

“Serangan bom di gereja kami. Sila datang dan bantu sekiranya keluarga anda berada di sana,” menurut satu kenyataan di Facebook Gereja St Sebastian di Katuwapitiya di Negombo. The nature of the explosions was not immediately clear. – AFP, 21 April, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen