HARI ini masuk hari kesepuluh bantahan di seluruh Bangladesh ekoran seorang remaja perempuan dibakar hingga mati selepas menuduh guru besar sekolah mencabulnya.
Kematian Nusrat Jahan Rafi, 19, mencetus kemarahan di seluruh negara, menyebabkan polis mengambil langkah berjaga-jaga.
Penunjuk perasaan di Dhaka beramai-ramai melaungkan slogan menuntut pembunuhnya dikenakan hukuman mati.
Polis berkata penyerangnya memaksa supaya aduan terhadap guru besarnya ditarik balik atau di dibunuh jika enggan berbuat demikian. Apabila enggan menurut, Nusrat disimbah dengan minyak tanah dan dicucuh dengan api.
Nusrat yang melecur 80 peratus di tubuhnya, meninggal dunia di hospital pada 10 April lalu.
Lapan belas orang termasuk guru besar itu ditahan.
Kematiannya mencetus bantahan di beberapa bandar di negara yang maìoriti penduduknya beragama Islam.
Ramai berpendapat pembunuhan Nusrat membuktikan gadis yang paling berani pun tidak mendapat keadilan. – AFP, 20 April, 2019.
Komen