Pelayar buta belayar tanpa henti di Lautan Pasifik


Mitsuhiro Iwamoto, 52, menjadi pelayar buta pertama di dunia belayar tanpa henti di Lautan Pasifik. – Gambar fail AFP, 20 April, 2019.

SEORANG pelayar warga Jepun yang cacat penglihatan berjaya menamatkan pelayaran tanpa henti di Lautan Pasifik hari ini, lapor media media tempatan.

Mitsuhiro Iwamoto menjadi pelayar buta pertama di dunia belayar di lautan itu.

Dia yang menaiki kapal layar berukuran 12 meter tiba di sebuah pelabuhan di Fukushima awal pagi tadi, kira-kira dua bulan selepas belayar dari California.

Iwamoto, 52, yang menetap di San Diego, belayar dari California pada 24 Februari bersama seorang pelayar Amerika,  Doug Smith. Smith membantu Iwamoto dengan memberitahu maklumat seperti arah angin.

Ini merupakan cubaan kali kedua Iwamoto menamatkan pelayaran. Cubaan kali pertama pelayar itu enam tahun lalu gagal apabila kapal layarnya karam selepas dipukul ikan paus.

Dia berjaya menamatkan pelayaran sejauh 14,000 km .

“Saya tidak putus asa dan jadikan impian saya satu kenyataan,” Iwamoto dipetik berkata oleh Kyodo News. – AFP, 20 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen