13 maut dalam serangan tembakan di bar Mexico


Pasukan polis Minatitlan mengawal tempat kejadian tembakan di sebuah bar yang meragut 13 nyawa termasuk seorang kanak-kanak. – Gambar AFP, 20 April, 2019.

SERAMAI 13 orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh semalam apabila sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan di Veracrus, Mexico.

Sekretariat Keselamatan Awam berkata kumpulan itu tiba majlis ‘reunion’ sebuah keluarga di sebuah bar di Minatitlan, mencari seseorang bernama ‘El Becky’, iaitu pemilik bar tersebut, sebelum melepaskan tembakan.

Menurut sekretariat itu lagi, lima wanita dan seorang kanak-kanak maut manakala empat lagi cedera. Motif serangan tidak diketahui.

Veracruz terkenal dengan jenayah terancang dan serangan tembakan antara kumpulan dadah.

Lebih daripada suku juta orang terbunuh sejak pentadbiran Presiden Felipe Calderon melancarkan tindakan keras besar-besaran terhadap pengedar dadah pada 2006. – AFP, 20 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen