KERTAS siasatan berhubung lima ahli PKR yang didakwa menghalang dan memeriksa kenderaan polis pada pilihan raya kecil DUN Rantau telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.
Pemangku ketua polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusp berkata, kelima-lima mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kami sudah menghantar kertas berkenaan kepada Jabatan Peguam Negaram dan kami akan tunggu arahan lanjut.
“Kelima-lima mereka dibebaskan dengan jaminan polis, berikutan perintah reman terhadap mereka teah berakhir.”
Isnin lalu, Mohamad memberitahu The Malaysian Insight, pegawainya telah menahan lima suspek, yang didakwa memeriksa kenderaan polis untuk mencari kertas undi selepas pengundian tamat Sabtu lalu.
Lelaki terbabit ditahan dua hari selepas pilihan raya berkenaan.
Kenderaan polis terbabit mengiringi satu lagi kenderaan yang membawa peti undi ke pusat engiraan undi di SJK (C) Chung Hua kira-kira pukul 6 petang semasa insiden itu berlaku.
Rakaman video insiden kenderaan polis itu diperiksa menjadi viral. – 20 April, 2019
Komen