Presiden Liberia tidak dapat masuk pejabat gara-gara ular


Bangunan Kementerian Luar yang turut menempatkan pejabat Presiden George Weah terpaksa disembur bagi menghalau reptilia pada Rabu lalu. – Gambar EPA, 20 April, 2019.

PRESIDEN Liberia, George Weah tidak dapat memasuki pejabatnya selama lima hari disebabkan kehadiran dua ekor ular hitam yang masuk ke bangunan minggu ini, kata pihak berkuasa pada  Jumaat.

Bangunan Kementerian Luar yang turut menempatkan pejabat Weah terpaksa disembur bagi menghalau reptilia yang muncul berhampiran lif di tingkat bawah pada Rabu lalu.

Kenyataan kementerian mengatakan semua operasi termasuk pengeluaran pasport dan visa digantung sehingga 24 April disebabkan kehadiran asap toksik.

“Benar, langkah penyemburan itu dicetuskan oleh kehadiran ular,” kata jurucakapa presiden Smith Tobay kepada AFP.

Satu-satunya orang Afrika yang memenangi anugerah Ballon D’Or pada 1995, Weah menjadi presiden Liberia pada Januari 2018, menggantikan Ellen Johnson, wanita pertama mengetuai benua itu.

Negara miskin itu mengalami perang saudara 1989-2003, dan epidemik Ebola yang menyebabkan kematian dari 2014-2016. – AFP, 20 April, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen