ERIC Orlich dan isterinya Gioconda Rojas memiliki dua kenderaan elektrik yang mana ia dicas menggunakan panel solar yang dipasang pada bumbung kediamannya.
Suatu hari nanti, ia menjadi kebiasaan di Costa Rica, yang mana kerajaannya melancarkan pelan dekarbonisasi pada Februari untuk mengelakkan penggunaan bahan api fosil menjelang 2050.
“Ia adalah realistik dan sangat perlu,” kata Orlich, yang merupakan bapa kepada dua cahaya mata dan tinggal di kawasan pergunungan di timur ibu negaranya San Jose.
Beliau yang juga ahli perniagaan dalam sektor panel solar dan presiden Persatuan Kenderaan Elektrik, yang mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik turut teruja dengan pelan kerajaan yang memfokuskan kepada pengangkutan awam.
Ia menyasarkan 70% pengangkutan awam dijana oleh elektrik pada 2035—dan secara keseluruhannya pada 2050.
Sasaran ini mampu dicapai kata diplomat Cristiana Figueres, yang menyertai seminar iklim di Paris pada 2015 bagi mengekang pemanasan global.
“Kerajaan menetapkan tahun 2050 kerana itu yang dituntut oleh Perjanjian Paris namun saya yakin kita mampu mencapai sebelum itu,” kata Figuerres kepada AFP.
“Sebaik kitalaksanakan proses elektrifikasi pengangkutan dan melancarkan semula sektor pertanian dan penternakan efisien, kita akan lihat kesannya terhadap perubahan teknologi. – AFP, 20 April, 2019
Komen