Jururawat bunuh 4 pesakit dipenjara seumur hidup


Penyiasat percaya pesakit meninggal dunia akibat pemberian ubat antikoagulan Eparina yang kuat oleh Fausta Bonino. – Gambar EPA, 20 April, 2019.

SEORANG jururawat yang merupakan pembunuh bersiri di Itali dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Jumaat kerana membunuh empat pesakit walaupun polis mengesyaki beliau berkemungkinan bertanggungjawab terhadap hampir 10 kematian.

Penyiasat percaya pesakit, kesemuanya serius tetapi tidak teruk, meninggal dunia akibat pemberian ubat antikoagulan Eparina yang kuat oleh Fausta Bonino.

Bonino, 56, membantah mengatakan beliau tidak bersalah selepas sabitan kesalahannya diputuskan. Peguamnya berkata beliau akan membuat rayuan.

Bonino dituduh memberi dos berbahaya sejenis ubat mencarikan darah kepada pesakit dalam rawatan intensif di hospital di bandar Piombino di Tuscany antara Januari 2014 dan September 2015.

Beliau ditangkap pada 2016 selepas semakan semula kematian tidak normal di hospital yang mengenal pastinya sebagai satu-satunya kakitangan yang terlibat dalam setiap kes. – AFP, 20 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen