SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menerima lebih 50% aduan pada 2018 berbanding tahun sebelumnya dengan sebahagian besar datang dari orang tanpa kewarganegaraan di Sabah.
Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan hari ini, Suhakam menerima 1,180 aduan dengan 558 aduan diterima dari Sabah.
Daripada semua aduan yang diterima, 381 daripada adalah hak kewarganegaraan, hak memiliki harta benda (35), serta hak pekerjaan dan pekerja asing (16).
Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph berkata, isu tanpa kewarganegaraan sudah dibawa ke Jabatan Pendaftaraan Negara.
“Dalam satu segmen, salah seorang pasangan merupakan rakyat Malaysia manakala seorang lagi warga asing menyebabkan anak mereka tidak mempunyai dokumen.
“Masalah boleh diselesaikan dengan beberapa dasar atau pindaan undang-undang,” katanya selepas pelancaran laporan tahunan Suhakam.
Laporan turut menyatakan terdapat kira-kira 2,599 kanak-kanak tanpa warganegara di Malaysia.
Suhakam berkata, tanpa dokumen hak mereka untuk bersekolah dinafikan dan tidak berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup di masa akan datang.
Joseph berkata, Suhakam perlu mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi dengan Kementerian Dalam Negeri dan Imigresen untuk mencari jalan penyelesaian.
“Membenarkan orang ramai tidak mempunyai dokumen adalah satu pembaziran sumber kerana mereka dan keluarga berada di sini.
“Dokumentasi bukan kewarganegaraan tetapi setiap orang berhak untuk dikenali dalam sistem yang baik untuk keselamatan.
“Oleh kerana sekarang kita tidak tahu berapa ramai yang tidak mempunyai dokumen di luar sana, ini tidak baik untuk negara,” katanya.
Aduan-aduan lain yang diterima di Malaysia barat melibatkan penangkapan, pendatang dan pengasingan sewenang-wenangnya (109), hak untuk mencapai taraf hidup yang mencukupi (54) dan kebebasan keselamatan orang (34). – 19 April, 2019.
Komen