PENULIS Korea Selatan yang memenangi anugerah antarabangsa, Han Kang dinobatkan penulis kelima untuk projek mengumpul karya 100 penulis terkenal, tajaan kerajaan Norway, dijangka diterbitkan pada 2114, lapor agensi berita Yonhap, memetik kenyataan kedutaan Seoul di Oslo pada Jumaat.
Han, pemenang anugerah Man Booker 2016 untuk novel karyanya “The Vegetarian”, merupakan penulis Asia pertama dipilih sebagai penyumbang kepada projek Perpustakaan Masa Depan itu, bertujuan menghubungkan generasi sekarang dan masa depan melalui penulisan.
Projek itu dilancarkan pada 2014 oleh artis Scotland dan antara penulis yang telah dipilih ialah Margaret Atwood dari Kanada, David Mitchell dari Britain, Sjon of Iceland dan Elif Shafak dari Turki.
Seribu batang pokok ditanam di hutan berhampiran Oslo untuk membekalkan kertas bagi projek terbabit.
Han akan menyumbangkan karyanya yang belum pernah diterbitkan dalam satu majlis di Oslo pada 25 Mei. Manuskripnya hanya akan didedahkan pada 2114. – Bernama, 19 April, 2019.
Komen