Presiden Namibia ulangi komitmen kepada kebebasan akhbar


Di bawah pentadbiran Presiden Hage G. Geingob, kedudukan Namibia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia terus bertambah baik. – Gambar AFP, 19 April, 2019.

PRESIDEN Namibia Hage G. Geingob mengulangi komitmennya mengenai kebebasan akhbar - sehari sebelum negara itu berjaya meningkatkan kedudukannya di kalangan negara-negara Afrika dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2019.

Daripada 180 negara, Namibia berada di kedudukan ke-23, tahun lalu di tempat ke 26.

Setiausaha Akhbar kepada Presiden, Dr Alfredo Tjiurimo Hengari, dalam satu kenyataan berkata akses yang lebih mudah kepada maklumat menjadi keutamaan Presiden Geingob dan Kerajaan Namibia.

“Selagi rakyat meletakkan kami di sini, kerajaan akan memastikan kebebasan akhbar yang memainkan peranan penting membina negara Namibia, terus dipelihara,” kata Geingob.

Namibia akan membentangkan Rang Undang-Undang Akses kepada Maklumat di parlimen tahun ini, bukti komitmen padu presiden mengenai ketelusan dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. – Bernama, 19 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen