CHINA telah memboikot tiga pelari yang melanggar undang-undang di Boston Marathon baru-baru ini dan menuduh mereka memberi nama buruk kepada negara.
Larian marathon berkembang pesat di China tetapi banyak penipuan berlaku termasuk seorang wanita yang melompat pada basikal dalam perlumbaan baru-baru ini dan beberapa orang lain yang mengambil jalan pintas.
Dalam kes terbaru, seorang peserta dalam larian berprestij Boston Marathon hari ini memberikan bibnya kepada orang lain manakala dua peserta China lain menunjukkan sijil perlumbaan terdahulu untuk masuk bertanding, kata Persatuan Atletik Cina (CAA).
“Ketiga-tiga pelari itu dilarang untuk menyertai mana-mana pertandingan larian di bawah CAA,” kata agensi berita Xinhua yang memetik persatuan itu.
Tingkah laku ketiga-tiga mereka itu mendatangkan kesan negatif terhadap China dalam komuniti antarabangsa, kata CAA.
Lebih 500 pelari dari China mengambil bahagian dalam 123rd Boston Marathon.
Pada 2011, terdapat hanya 22 acara marathon tetapi jumlah itu meningkat kepada kira-kira 1,500 tahun lepas.
Peningkatan ini menyaksikan banyak penipuan berlaku pada acara larian domestik pada bulan lepas.
China mengerahkan satu teknologi pengenalan wajah sebagai salah satu cara untuk mengelak penipuan terus berlaku. – AFP, 19 April, 2019.
Komen