Bayi terkecil di dunia dibenarkan pulang


Ryusuke Sekiya, kini berusia enam bulan, dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean ketika baru berusia 24 minggu dan lima hari dalam kandungan ibunya, Toshiko. – Gambar AFP, 19 April, 2019.

BAYI terkecil di dunia yang lahir di Jepun pada Oktober lalu dan seberat sebiji epal, kini bersedia untuk dibawa pulang ke rumah, kata doktornya hari ini.

Ryusuke Sekiya dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean ketika baru berusia 24 minggu dan lima hari dalam kandungan ibunya, Toshiko. Pembedahan terpaksa dijalankan kerana Toshiko mengalami hipertensi. Ketika lahir, Ryusuke seberat 258 gram.

Bayi lelaki itu memecah rekod seorang bayi yang lahir dengan berat 268 gram di Tokyo, Februari tahun lalu.

Ketika dilahirkan pada 1 Oktober, 2018, Ryusuke yang mempunyai ketinggian 22cm, diletakkan di dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). Dia diberi susu ibunya menggunakan putik kapas.

Hampir tujuh bulan selepas dilahirkan, berat Ryusuke kini melebihi 3kg. Dia akan dibenarkan keluar dari Hospital Kanak-kanak Nagano hujung minggu ini. – AFP, 19 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen