Lelaki hantar e-mel ugutan kepada ahli Parlimen anti-Brexit dipenjara


Jarod Kirkman mengaku bersalah menggunakan alamat e-mel palsu untuk menghantar 'komunikasi berniat jahat' kepada beberapa ahli Parlimen yang menentang Brexit. – Gambar EPA, 19 April, 2019.

SEORANG lelaki warga Britain dipenjara selama 10 bulan pada Khamis selepas menghantar e-mel mengugut dan berbaur perkauman kepada tujuh ahli Parlimen yang sebelum ini menentang Brexit.

Jarod Kirkman, 51, mengaku di mahkamah minggu lalu beliau menggunakan alamat e-mel palsu untuk menghantar “komunikasi berniat jahat” kepada mereka.

Semua penerima e-mel menyokong Britain tetap terus bersama Kesatuan Eropah dalam referendum 2016 berhubung pemisahan Britain - walaupun sebahagiannya mengundi memihak kepada undang-undang Brexit.

Kirkman, dari Luton di utara London, menghantar mesej kepada Heidi Allen, Sarah Wollaston dan Nick Boles, ahli Parlimen Konservatif yang keluar parti beberapa bulan lalu berhubung isu itu.

Sementara itu, emel itu turut dihantar kepada ahli Parlimen dari Parti Buruh, Jenny Chapman dan ahli Parlimen pro Kesatuan Eropah, Yvette Cooper serta pengamal undang-undang Parti Konservatif, Nicky Morgan.

Kirkman juga mengaku bersalah atas tuduhan menghina penggubal undang-undang berkulit hitam, daripada Parti Buruh, David Lammy.

Jaswant Narwal, daripada perkhidmatan pendakwaan negara England, berkata hukuman itu harus menjadi “amaran kepada sesiapa yang berfikir untuk menghantar mesej mengancam”.

Beliau menambah e-mel palsu tidak akan berjaya melindunginya dan tindakan itu tidak boleh diterima. – AFP, 19 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen