RUSIA tidak berjaya menjejaskan keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2016, tegas Presiden Donald Trump pada Khamis selepas siasatan rasmi memperincikan bagaimana Moscow campur tangan dalam pertandingan itu.
Menulis di Twitter, Trump meletakkan kesalahan itu kepada pendahulunya Barack Obama bagi campur tangan Rusia dalam pilihan raya itu yang menyaksikan beliau menewaskan lawannya daripada parti Demokrat, Hillary Clinton.
“Apa pun yang dilakukan oleh Rusia mengenai Pilihan Raya 2016 dilakukan semasa Obama menjadi presiden,” kata Trump sebagai reaksi terhadap penerbitan laporan sekian lama ditunggu oleh Peguam Khas Robert Mueller.
“Beliau diberitahu tentang perkara itu dan tidak melakukan apa-apa! Paling penting, undi tidak terjejas.” – AFP, 19 April, 2019.
Komen