Menteri kewangan Pakistan letak jawatan


Menteri Kewangan Pakistan Asad Umar semalam mengumumkan meletak jawatan dari Kabinet. – Gambar AFP, 18 April, 2019.

MENTERI Kewangan Pakistan Asad Umar semalam mengumumkan meletak jawatan dari Kabinet.

Peletakan beliau menjelang rundingan penting dengan Tabung Kewangan Negara (IMF).

Umar, salah seorang menteri paling berpengaruh Perdana Menteri Imran Khan, diberi tugas untuk mengadakan rundingan yang lama tertangguh itu.

“Sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet, PM  mahu saya pegang portfolio tenaga, bukan kewangan,” tulis Asad di Twitter.

“Bagaimanapun, saya mendapat persetujuan beliau untuk tidak memegang sebarang jawatan Kabinet. Saya sangat percaya @ImranKhanPTI adalah harapan terbaik bagi Pakistan dan InsyaAllah akan melahirkan Pakistan yang baru.”

Tiada kenyataan dari pejabat Imran atau sebarang pengesahan mengenai siapa pengganti Asad. Juga tidak jelas apakah kesan kepada rundingan dengan IMF susulan peletakan jawatan Asad.

Pakistan berulang kali memohon bantuan IMF sejak akhir 1980-an dan kali terakhir menerima bantuan AS$6.6.bilion pada 2013. 

Asad sebelum ini sering menegaskan bahawa rundingan dengan IMF akan menjadi pilihan terakhir. – AFP, 18 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen